MAKAN BOLA..!!
Anda bukan normal kalau tidak mengenali
nama ‘SUKAN’.
Ramai orang dari peringkat muda
sampailah uzur meminati sukan bola sepak dan sudah pastinya dari tidur bertukar
menjadi mata burung hantu apabila mendengar perkataan ‘BOLA’. Kebiasaannya bola
dan padang tidak dapat dipisahkan. Ibarat air yang di cincang tidak akan
terputus pada zaman Sekarang, zaman bola dari masa ke semasa sudah lebih jauh
modern ke hadapan di era 2000. Pastinya sukan bola terutamanya futsal semakin
porpular dan menjadi perbualan topik ‘panas’ di kalangan semua peringkat umur
yang meminati sukan bola sepak. Oleh yang demikian tanpa bola atau kasut bola
minat seseorang itu ibarat bertepuk sebelah tangan.
‘ANDA
HARUS MEMBUAT PILIHAN YANG BERKUALITI’
1.
PILIH KASUT YANG
SESUAI@RINGAN
Pilih kasut yang sesuai@ringan
supaya anda mudah untuk mengejar bola dan bermain seperti ‘Cristiano Ronaldo’
dan seperti pemain hebat dunia dan Bukannya untuk pergi pasar membeli barang.
2.
KENALI BAJET ANDA
sebut pasal bajet sudah pasti anda tahu
berapa harga yang mampu anda miliki. Sekiranya anda mempunyai lebih-lebih
bajet dapatlah anda membeli kasut futsal yang lebih mahal ataupun kasut terhad
di pasaran (limited edition). Kesimpulannya, kebiasaan kasut futsal ini semakin
mahal harganya, semakin berkualitilah produk tersebut.
3.
TAPAK KASUT TIDAK
MUDAH HAUS@NGIGIS.
(Bahasa Baku Sabah)
Semasa anda membeli kasut cuba anda membeli
dari pelbagai jenama yang berlainan dan juga pada harga yang berlainan mengikut
bajet anda masing-masing. Mungkin daripada perbezaan jenama dan harga anda akan
tahu sendiri jenama mana yang lebih sesuai untuk anda, dan lebih lama untuk
diguna pakai. Kebiasaannya hampir 90% tapak kasut futsal kesemuanya sama tebal,
tergantung pada cara anda bermain dan dimana permukaan anda guna pakai.
4.
PILIH KASUT MENGIKUTI BENTUK KAKI ANDA.
Membeli kasut futsal sebaiknya
mengikuti bentuk kaki anda. Sekiranya kaki anda jenis ‘flat foot print’ @ lebar
jangan pula anda membeli berbentuk ‘high arch print’ lengkungan tinggi. sebelum
anda membeli kasut pastikan ada ruang sedikit dihadapan antara depan kasut
dengan ibu jari kaki anda. Tidak perlulah membeli saiz yang lebih besar
daripada saiz asal kaki anda kerana kasut futsal yang anda beli dengan ukuran
yang anda miliki akan ‘expand’@ membesar sedikit daripada bentuk asal saiz
kasut yang anda beli setelah diguna pakai nanti.
5.
PILIHAN WARNA KASUT.
Pilihan warna pada kasut mengikuti
posisi/watak anda sewaktu bermain. Jika anda seorang pemain yang agresif sewaktu
bermain pilihan warna yang gelap atau dikenali sebagai warna tidak mudah kotor
seperti warna hitam, biru gelap adalah sangat digalakkan. Jika anda seorang
yang mementingkan gaya dan keunggulan sewaktu bermain, anda boleh memilih warna
yang terang seperti warna kuning, hijau, merah yang menjadikan anda ‘one man
show’@ diperhatikan oleh penonton sewaktu barmain..
MAKSIMUMKAN
PILIHAN ANDA..!
#royalsportsmy
#royalsportsmy
No comments:
Post a Comment