PAN VIGOR 7 LIMITED
Assalamualaikum..
Dalam entry kali ini, saya akan menceritakan tentang sepasang kasut futsal yang sangat selesa untuk dipakai main untuk indoor game. Kasut keluaran Pan ini direka khas untuk indoor game dan tidak sesuai untuk outdoor game kerana tapaknya akan lebih cepat haus jika diguna untuk outdoor game. Kasut ini juga sesuai untuk mereka yang corak permainannya mengawal bola. Berikut adalah ciri-ciri kasut Pan Vigor 7 Ltd.
- kasut ini sangat ringan, dan tidak akan membebankan untuk berlari
- tapaknya yg nipis membuatkan kasut ini sesuai untuk indoor game
- permukaan atas kasut ini diperbuat dari getah yang berkualiti tinggi menyebabkan bola susah untuk hilang kawalan dari kawalan kaki.
Berikut dapat dilihat serba sedikit tentang info kasut futsal ini. Setiap kasut ada kelebihan dan kekurangannya dan bergantung pada cita rasa individu. Sekian saja untuk entry saya kali ini.
No comments:
Post a Comment