Kesedaran mengenai bahaya dan akibat
menggunakan barangan tiruan yang berada di pasaran masih di tahap sangat rendah.
Ia berikutan sikap 'KEDEKUT' individu-individu tersebut dan tidak kisah malah membuatkan
mereka lebih selesa dan bangga menggunakan jenama/barangan tiruan tersebut. Kita
mendapati kebanyakan rakyat-rakyat jelata 'MENCINTAI' barangan berjenama,
terutama buatan luar negara, tetapi tidak mampu memilikinya disebabkan harga
terlalu mahal dipasaran. Justeru, sebagai jalan yang singkat, mereka lebih
gemar memilih produk tiruan tetapi berjenama yang sama namun berbeza daripada
segi kualiti dan mutu barang tersebut. Yang diutamakan, mereka tetap kelihatan
bergaya pada pandangan orang ramai.
Selain itu, membeli barangan berjenama di alam maya
menjadi ‘TREND’ yang terkini di kalangan ‘SHOPERHOLIC’.
Sebenarnya apa yang membuatkan mereka lebih cenderung membeli secara atas
talian adalah kerana harga yang dikenakan pada barangan tersebut dijual jauh
lebih murah berbanding yang berada di kedai. Namun adakah anda pasti ia
barangan asli?
Ada sesetengah orang berpendapat. Membeli
belah di atas talian lebih murah dan berbaloi. Ini kerana, kamu tidak akan di
kenakan sebarang tax dan extra charge. Individu-individu tersebut tidak menjadikan satu
masalah mengapa ia menjadi pilihan orang ramai tetapi tahukah anda, kadangkala
barang yang di jual di atas talian tidak menentukan keasliannya. Ada
kemungkinan juga individu-individu fikirkan asli atau ‘ORIGINAL’ tapi
sebenarnya ia adalah barangan tiruan. Jadi, sukar untuk ditentukan apakah asli
dan berkualiti barang yang dibeli secara atas talian.
TIRUAN
ASLI
Gambar ini adalah salah satu contoh dimana
barangan tiruan yang di beli secara atas talian mereka menggunakan jenama
antarabangsa sebagai tarikan utama kepada mereka terutama penggemar sukan
futsal.
Ada kalanya individu-individu akan tertipu
dengan gambar-gambar barangan yang dijual atas talian, mungkin
individu-individu tersebut akan mengalami situasi di mana barang yang dibeli
itu tidak secantik barang yang dimuat naik di atas talian. Tidak di nafikan,
ada bermungkinan jika individu tersebut tidak pandai memilih butik secara atas
talian, bermungkinan individu tersebut boleh tertipu dan ditipu dengan penjual
yang tidak bertanggungjawab. Pekara ini sering terjadi kepada individu yang membeli.
Jadi kenalah peka dan berhati-hati ketika membeli barangan secara atas talian.
Akhir sekali, adalah lebih baik kita membeli
barangan yang asli berbanding dari barangan tiruan kerana kualiti barangan yang
terjamin di samping itu barangan yang kita beli semestinya tahan untuk diguna
pakai.
Jangan kita amalkan gaya hidup berbelanja
seperti ini kerana ia boleh menyebabkan hidup kita dalam keadaan kebocoran wang
dan tidak berbaloi.
No comments:
Post a Comment