Sunday, 19 June 2016

MAKAN BOLA..!!

MAKAN BOLA..!!

Anda bukan normal kalau tidak mengenali nama ‘SUKAN’.
Ramai orang dari peringkat muda sampailah uzur meminati sukan bola sepak dan sudah pastinya dari tidur bertukar menjadi mata burung hantu apabila mendengar perkataan ‘BOLA’. Kebiasaannya bola dan padang tidak dapat dipisahkan. Ibarat air yang di cincang tidak akan terputus pada zaman Sekarang, zaman bola dari masa ke semasa sudah lebih jauh modern ke hadapan di era 2000. Pastinya sukan bola terutamanya futsal semakin porpular dan menjadi perbualan topik ‘panas’ di kalangan semua peringkat umur yang meminati sukan bola sepak. Oleh yang demikian tanpa bola atau kasut bola minat seseorang itu ibarat bertepuk sebelah tangan.







‘ANDA HARUS MEMBUAT PILIHAN YANG BERKUALITI’





1.     PILIH KASUT YANG SESUAI@RINGAN 
Pilih kasut yang sesuai@ringan supaya anda mudah untuk mengejar bola dan bermain seperti ‘Cristiano Ronaldo’ dan seperti pemain hebat dunia dan Bukannya untuk pergi pasar membeli barang.


2.     KENALI BAJET ANDA
sebut pasal bajet sudah pasti anda tahu berapa harga yang mampu anda miliki. Sekiranya anda mempunyai lebih-lebih bajet dapatlah anda membeli kasut futsal yang lebih mahal ataupun kasut terhad di pasaran (limited edition). Kesimpulannya, kebiasaan kasut futsal ini semakin mahal harganya, semakin berkualitilah produk tersebut.


3.     TAPAK KASUT TIDAK MUDAH HAUS@NGIGIS.
(Bahasa Baku Sabah)
Semasa anda membeli kasut cuba anda membeli dari pelbagai jenama yang berlainan dan juga pada harga yang berlainan mengikut bajet anda masing-masing. Mungkin daripada perbezaan jenama dan harga anda akan tahu sendiri jenama mana yang lebih sesuai untuk anda, dan lebih lama untuk diguna pakai. Kebiasaannya hampir 90% tapak kasut futsal kesemuanya sama tebal, tergantung pada cara anda bermain dan dimana permukaan anda guna pakai.


4.     PILIH KASUT MENGIKUTI BENTUK KAKI ANDA.
Membeli kasut futsal sebaiknya mengikuti bentuk kaki anda. Sekiranya kaki anda jenis ‘flat foot print’ @ lebar jangan pula anda membeli berbentuk ‘high arch print’ lengkungan tinggi. sebelum anda membeli kasut pastikan ada ruang sedikit dihadapan antara depan kasut dengan ibu jari kaki anda. Tidak perlulah membeli saiz yang lebih besar daripada saiz asal kaki anda kerana kasut futsal yang anda beli dengan ukuran yang anda miliki akan ‘expand’@ membesar sedikit daripada bentuk asal saiz kasut yang anda beli setelah diguna pakai nanti.



5.     PILIHAN WARNA KASUT.
Pilihan warna pada kasut mengikuti posisi/watak anda sewaktu bermain. Jika anda seorang pemain yang agresif sewaktu bermain pilihan warna yang gelap atau dikenali sebagai warna tidak mudah kotor seperti warna hitam, biru gelap adalah sangat digalakkan. Jika anda seorang yang mementingkan gaya dan keunggulan sewaktu bermain, anda boleh memilih warna yang terang seperti warna kuning, hijau, merah yang menjadikan anda ‘one man show’@ diperhatikan oleh penonton sewaktu barmain..




MAKSIMUMKAN PILIHAN ANDA..!
#royalsportsmy

Saturday, 18 June 2016

GEMAR MEMBELI BARANGAN TIRUAN!

TAHUKAN ANDA barangan tiruan adalah replika pemalsu daripada barangan asli yang siap di cetak oleh pengeluar/pengilang yang sah. Barangan tiruan sering dihasilkan oleh individu-individu yang  dikenali sebagai ‘REPLICA GHOST’ dengan niat untuk mengambil kesempatan dalam kesempitan daripada penjualan barangan tiruan dengan harga yang berlipat kali ganda jauh lebih murah berbanding barangan asli. Kegiatan ini begitu sukar dibanteras & dikesan pihak berkuasa oleh kerana pasaran yang sangat luas terbuka, Atau mungkinkah kegiatan ini dilindungi oleh individu-individu yang tertentu menyebabkan peniaga-peniaga produk tiruan bercambah seiring dengan meningkatnya di tapak-tapak bazar pada larut malam atau lebih dikenali sebagai PASAR MALAM. Kegiatan menjual barangan tiruan di pasaran terbuka kini membabitkan barangan pelbagai jenama antarabangsa yang cukup mendapat sambutan dari pengemar barangan tiruan.


     












Kesedaran mengenai bahaya dan akibat menggunakan barangan tiruan yang berada di pasaran masih di tahap sangat rendah. Ia berikutan sikap 'KEDEKUT' individu-individu tersebut dan tidak kisah malah membuatkan mereka lebih selesa dan bangga menggunakan jenama/barangan tiruan tersebut. Kita mendapati kebanyakan rakyat-rakyat jelata 'MENCINTAI' barangan berjenama, terutama buatan luar negara, tetapi tidak mampu memilikinya disebabkan harga terlalu mahal dipasaran. Justeru, sebagai jalan yang singkat, mereka lebih gemar memilih produk tiruan tetapi berjenama yang sama namun berbeza daripada segi kualiti dan mutu barang tersebut. Yang diutamakan, mereka tetap kelihatan bergaya pada pandangan orang ramai. 


Selain itu, membeli barangan berjenama di alam maya menjadi ‘TREND’ yang terkini di kalangan ‘SHOPERHOLIC’. Sebenarnya apa yang membuatkan mereka lebih cenderung membeli secara atas talian adalah kerana harga yang dikenakan pada barangan tersebut dijual jauh lebih murah berbanding yang berada di kedai. Namun adakah anda pasti ia barangan asli?















Ada sesetengah orang berpendapat. Membeli belah di atas talian lebih murah dan berbaloi. Ini kerana, kamu tidak akan di kenakan sebarang tax dan extra charge. Individu-individu tersebut tidak menjadikan satu masalah mengapa ia menjadi pilihan orang ramai tetapi tahukah anda, kadangkala barang yang di jual di atas talian tidak menentukan keasliannya. Ada kemungkinan juga individu-individu fikirkan asli atau ‘ORIGINAL’ tapi sebenarnya ia adalah barangan tiruan. Jadi, sukar untuk ditentukan apakah asli dan berkualiti barang yang dibeli secara atas talian.

TIRUAN         


ASLI





Gambar ini adalah salah satu contoh dimana barangan tiruan yang di beli secara atas talian mereka menggunakan jenama antarabangsa sebagai tarikan utama kepada mereka terutama penggemar sukan futsal.

Ada kalanya individu-individu akan tertipu dengan gambar-gambar barangan yang dijual atas talian, mungkin individu-individu tersebut akan mengalami situasi di mana barang yang dibeli itu tidak secantik barang yang dimuat naik di atas talian. Tidak di nafikan, ada bermungkinan jika individu tersebut tidak pandai memilih butik secara atas talian, bermungkinan individu tersebut boleh tertipu dan ditipu dengan penjual yang tidak bertanggungjawab. Pekara ini sering terjadi kepada individu yang membeli. Jadi kenalah peka dan berhati-hati ketika membeli barangan secara atas talian.

Akhir sekali, adalah lebih baik kita membeli barangan yang asli berbanding dari barangan tiruan kerana kualiti barangan yang terjamin di samping itu barangan yang kita beli semestinya tahan untuk diguna pakai.
Jangan kita amalkan gaya hidup berbelanja seperti ini kerana ia boleh menyebabkan hidup kita dalam keadaan kebocoran wang dan tidak berbaloi.








Saturday, 4 June 2016

ANDA MEMPUNYAI TAPAK KAKI ITIK.



Saat membeli kasut, Anda tentu pernah mengalami saat di mana tapak kaki terasa tidak sesuai dengan alas kaki yang dipilih dan permukaan dalam kasut. Tidak hanya itu, bandingkan tapak kaki Anda dengan orang di sekeliling anda, biasanya akan memiliki perbezaan bentuk. Ada jenis apa sajakah tapak kaki kita sebenarnya?

Pada awalnya bentuk kaki itu normal atau sering disebut ‘flat foot’. Tapi ada lagi yang disebut ‘high arc’ tergantung dari lengkungan di bawah kaki tersebut. Perbezaan tapak kaki setiap manusia dapat terlihat pada setiap lengkungan yang ada di dalam kaki.

Menurut pakar, flat foot’ memiliki bentuk tapak kaki yang benar-benar rata pada dasar. Sementara sebutan ‘arc’ biasanya diberikan pada tapak kaki yang memiliki sedikit lengkungan, sementara sebutan ‘high arc’ diberikan pada orang yang memiliki bentuk tapak kaki dengan lengkungan yang sangat tinggi.

Jika ingin tahu bentuk kaki kita, caranya dengan menginjak pada permukaan pasir atau permukaan kertas yang basah. Nanti akan terlihat dan tahu bagaimana lengkungan bentuk tapak kaki yang ada di bawah tapak kaki kita,






Selain dengan kaedah cara mudah tersebut, ada pula cara lain yang lebih modern dan mendalam iaitu dengan melakukan konsultasi dengan dr. pakar rehabilitasi. Di sana akan dilakukan pemeriksaan untuk melihat bagaimana bentuk tapak kaki anda tersebut, misalnya dengan beberapa pemeriksaan menggunakan mesin foot scan

Pada umumnya bentuk tapak kaki itu dipanggil dengan nama nasional pes planus atau flat foot yang bentuknya lebih rata atau sering disebut kaki itik. Selain itu, ada pula pes cavus yang bentuknya seperti cakar burung, agak melengkung.

Menurut dr pakar, perbezaan antara high arc dengan flat arc boleh dilihat dari lengkungan medial arch support. High arc dikatakan hampir sama dengan pes planus, sementara flat arc hampir sama dengan pes cavus.